fbpx

Jakarta bakal miliki tapak pengurusan sampah moden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAKARTA merekodkan 7,800 tan sampah yang dibuang setiap hari di kota raya itu. - ANTARA/Risky Andrianto

JAKARTA – Timbalan Gabenor Jakarta, Ahmad Riza Patria mengumumkan bahawa kota raya itu akan mempunyai tapak pengurusan sampah berteknologi canggih menerusi pembinaan Kemudahan Rawatan Pertengahan (ITF), lapor laman berita Kompas semalam.

ITF adalah kemudahan pengurusan sampah moden yang boleh menukar beribu-ribu tan bahan buangan di Jakarta menjadi tenaga elektrik.

“Kami sedang berusaha untuk membina kemudahan pengurusan sampah berskala besar seperti ITF dan beberapa tapak lain yang lebih kecil,’’ kata Ahmad Riza. 

Menurut beliau, terdapat 7,800 tan sampah dibuang di Jakarta setiap hari. Menerusi ITF, Jakarta akan mempunyai tapak pengurusan sampah di tengah bandar dengan teknologi canggih seperti di negara-negara maju. 

“Namun, ia tidak mudah dilakukan seperti di kebanyakan negara yang dilengkapi dengan kemudahan pemprosesan sampah yang dibina di tengah-tengah bandar yang bersih, baik, kemas serta teknologi canggih.

“Bagaimanapun, kami yakin Jakarta akan mempunyai tapak pengurusan sampah yang moden dan maju. Mudah-mudahan akan siap dalam tempoh tiga atau empat tahun lagi,” kata beliau.

ITF akan menguruskan semua jenis sisa bahan buangan termasuk plastik dan besi organik. Ahmad Riza selain itu turut meminta orang ramai untuk mengasingkan jenis sampah secara mulai sekarang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI