fbpx

Ibu tunggal anak empat hilang selepas ke klinik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAIZURA

KEMAMAN – Kehilangan seorang ibu tunggal secara tiba-tiba sejak hampir seminggu lalu menjadi tanda tanya dalam kalangan ahli keluarganya.

Zaizura Mat Hussin, 45, yang merupakan ibu kepada empat anak berusia 14 hingga 22 tahun itu gagal dikesan dan telefon bimbitnya tidak aktif sejak 8 Mac lalu.

Adik tirinya, Che Ku Noraini Che Ku Mohd Arifin, 37, berkata, Zaizura dikatakan hilang selepas menghantar ibu mereka, Haminah Latiff, 67, menjalani rawatan dialisis di sebuah klinik swasta di Chukai di sini.

“Kami menghantar ibu menjalani rawatan dialisis pada pukul 11 pagi. Dia masuk ke dalam klinik bersama ibu, manakala saya pula menunggu di dalam kereta.

“Tidak lama kemudian, kakak (Zaizura) menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp meminta saya pulang (ke rumah) dan menjemput mereka setelah rawatan selesai,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Lalang, Binjai di sini semalam.

Zaizura bagaimanapun tiada bersama ibunya sewaktu adik iparnya mahu menjemput mereka pada pukul 3.30 petang. Che Ku Noraini menghubungi mangsa tetapi gagal.

“Tiada siapa termasuk ibu tahu ke mana kakak pergi. Dia tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan sebelum ini, malah sentiasa ceria.

“Kami sekeluarga risau keselamatannya, lebih-lebih ibu yang tidak tidur lena dan kurang selera makan me­ngenangkan nasib kakak,” katanya.

Zaizura yang kematian suami pada 2020 menetap di Pasir Puteh, Kelantan sebelum pulang untuk membantu menjaga ibu yang uzur pada September lalu. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian 016-5090689 atau balai polis terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI