fbpx

Pengadil patut rujuk VAR – Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH turut meledak gol ketika membantgu Liverpool menewaskan Brighton 2-0 pada aksi EPL di Stadium Falmer kelmarin.

LONDON – Kemenangan 2-0 ke atas Brighton kelmarin nyata belum memuaskan hati pengurus Liverpool, Jurgen Klopp yang tampil mempersoalkan keputusan pengadil bertugas tidak menggunakan video bantuan pengadil (VAR).

Reaksi Klopp itu merujuk kepada insiden pada minit ke-19 membabitkan penjaga gol lawan, Robert Sanchez yang dikatakan merempuh Luiz Diaz ketika bintang Colombia berkenaan meledak gol pertama Liverpool.

Sanchez terlepas daripada dilayangkan kad merah, namun Klopp merasakan tugas pengadil, Mike Dean akan menjadi lebih mudah sekiranya merujuk kepada VAR.

“Saya hanya melihatnya sekali, jadi saya tidak tahu sama ada ia kad merah atau tidak tetapi saya tetap ada persoalan. Adakah ia kad merah tetapi kebanyakan orang mengatakan insiden itu patut kad merah.

“Ini contoh terbaik kepada isu yang kami hadapi. Satu caranya adalah pengadil perlu pergi (ke arah VAR) dan periksa kejadian itu. VAR sepatutnya menjadi sebahagian daripada barisan pengadil.

“Jika ada sesuatu yang salah, ia perlu diperbaiki dan ini adalah lebih kepada soal betul atau salah. Kami bercakap dengan Mike Riley (ketua pengadil) dan ini bukan untuk memalukan tetapi pengadil patutnya merasakan mereka tidak membuat keputusan tepat kerana kita ada VAR,” katanya.

Tindakan Sanchez itu mirip dengan kejadian membabitkan penjaga gol Jerman, Toni Schumacher dan Patrick Battiston ketika Piala Dunia 1982, namun dalam insiden kelmarin, Diaz masih mampu meneruskan perlawanan.

Mohamed Salah turut meledak gol buat Liverpool, sekali gus menghadiahkan kemenangan kelapan berturut-turut buat The Reds. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI