fbpx

Covid-19 : 25,356 kes sembuh; 185 kes kategori 3,4,5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham.

PUTRAJAYA – Kes sembuh daripada Covid-19 semalam mencatatkan sebanyak 25,356 kes, sekali gus melepasi jangkitan baharu dengan jumlah keseluruhan kumulatif kes sembuh sebanyak 3,468,888 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan baharu Covid-19 semalam mencatatkan 22,535 kes dengan 185 kes melibatkan kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, mengikut pecahan, kategori satu sebanyak 8,637 kes (38.33 peratus), kategori dua sebanyak 13,713 kes (60.85 peratus), kategori tiga sebanyak 72 kes (0.32 peratus), kategori empat sebanyak 63 kes (0.28 peratus) dan kategori lima 50 kes (0.22 peratus).

“Daripada 185 kes kategori tiga, empat dan lima, 39 kes (21.08 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 88 kes (47.57 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 58 kes (31.35 peratus) telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 109 kes (58.92 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas dan 53 kes (28.65 peratus) mempunyai komorbid,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI