fbpx

Hyundai bertindak gantung kerjasama dengan Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA terpaksa akur apabila syarikat pengeluar kereta Korea Selatan, Hyundai turut menggantung kerjasama dengan kelab tersebut masa ini. – AFP

LONDON – Chelsea berterusan menerima tekanan daripada penaja dan terbaharu syarikat pengeluar kereta Korea Selatan, Hyundai turut menggantung kerjasama seperti yang dilakukan beberapa jenama antarabangsa sebelum ini.

Keputusan itu dibuat rentetan sekatan yang dikenakan kerajaan Britain ke atas pemilik kelab, Roman Abramovich dan penggantungan tajaan ini akan berterusan sehingga satu notis baharu dikeluarkan.

“Hyundai telah menjadi salah satu rakan kongsi terkuat dalam bola sepak dan syarikat ini sentiasa menyokong sukan ini demi kebaikan. Menerusi kerjasama dengan Chelsea FC, kami cukup bangga dengan sokongan pemain, penyokong dan juga pembangunan akar umbi.

“Bagaimanapun, dengan situasi semasa menyebabkan kami mengambil keputusan untuk menggantung aktiviti pemasaran dan komunikasi dengan kelab ini sehingga notis yang akan diberi­tahu kelab,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Hyundai semalam.

Hyundai sudah menjadi rakan kongsi automotif global buat Chelsea sejak 2018, namun jenama itu kini terdesak untuk cuba ‘menjauhkan diri’ daripada Rusia selepas negara berkenaan melakukan serangan ke atas Ukraine.

Presiden Rusia, Vladimir Putin dikatakan melakukan jenayah perang selepas tentera negara itu berterusan mengebom bandar di Ukraine.
Bagaimanapun, satu lagi penaja, Trivago akan meneruskan tajaan kit latihan The Blues. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI