fbpx

Bekas juruteknik kemuka diploma palsu didenda RM7,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Muslim (kanan) dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas didenda RM7,000 kerana mengemukakan sijil diploma palsu untuk memperolehi lesen SPKK di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Gara-gara menggunakan sijil diploma palsu untuk memperolehi lesen Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), seorang bekas juruteknik sebuah jabatan kerajaan di negeri ini didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Dazuki Ali menjatuhkan hukuman demikian selepas tertuduh, Muhamad Muslim Mamat, 30, yang sebelum ini berkhidmat di Pejabat Pembangunan Pelaksanaan Negeri Terengganu, Jabatan Perdana Menteri itu membuat pengakuan bersalah setelah pertuduhan selesai dibacakan.

Beliau juga memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Muhamad Muslim yang tidak diwakili peguam melunaskan denda berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mengemukakan dokumen palsu berupa sijil Diploma Rekabentuk Dalaman palsu atas nama adiknya bagi tujuan menipu untuk mendapatkan lesen SPKK.

Perbuatan itu didakwa dilakukan Muhamad Muslim di daerah ini pada 26 Disember 2019. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI