MACHANG – Seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas ke dalam longkang di Kilometer 7, Jalan Machang-Tanah Merah di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, Wan Muhammad Fahim Wan Khairuddin, 22, dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Kelaweh di sini selepas minum bersama rakannya.
Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy berkata, mangsa disahkan meninggal dunia pukul 3 pagi tadi selepas bertarung nyawa selama lebih tiga jam di Hospital Machang di sini.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal Gentleman 200 hilang kawalan kerana jalan basah sebelum terbabas ke dalam longkang.
“Kemalangan itu disedari oleh orang awam ketika melalui kawasan berkenaan yang gelap kerana tiada lampu jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.- KOSMO! ONLINE