fbpx

5,571 perwakilan sertai PAU 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad.

KUALA LUMPUR – Seramai 5,571 orang perwakilan akan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 yang akan bermula pada Rabu ini di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ketetapan jumlah itu dibuat berikutan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Jumlah perwakilan PAU adalah 2,680 termasuk 61 perwakilan Mahasiswa Nasional.

“Manakala, Seramai 959 orang perwakilan menyertai Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO, (971) Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda dan (961) Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri,” katanya pada sidang media di Menara Dato Onn, hari ini.

Ahmad Maslan turut memberitahu, PAU kali ini akan diadakan sepenuhnya secara fizikal dengan kapasiti perwakilan separuh daripada dewan yang digunakan.

“Kita tidak akan melakukan hibrid, namun kita akan gunakan beberapa buah dewan bagi menempatkan kesemua perwakilan.

“Yang hadir juga perlu lengkap vaksinasi dan yang bergejala sememangnya dilarang hadir, perlu ada tanggungjawab sendiri,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai usul yang akan dibentangkan, ia akan diputuskan dalam satu mesyuarat esok.

“Diharapkan perbahasan dipilih bukan sahaja menjerumuskan kepada isu politik malah turut menyentuh isu Covid-19, pendidikan dan agama,” jelasnya.

Terdahulu, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan PAU 2021 diadakan bermula 16 hingga 19 Mac ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI