fbpx

Tubuh pasukan khas bincang isu pertukaran agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris (dua dari kanan) bersama peserta pada Pertandingan Futsal Piala Datuk Haji Idris Ahmad di Kamunting hari ini.- Wat Kamal Abas

TAIPING – Satu pasukan pemantauan khas bakak ditubuhkan bagi membincangkan dengan teliti isu pertukaran agama membabitkan ibu bapa yang bukan beragama islam.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwan Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, ia akan ditubuhkan dalam kumpulan kecil melibatkan petugas Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (Jakim).

“Kita nak fikirkan bagaimana cara selesaikan perkara seumpama itu sekiranya ada berlaku lagi pada masa hadapan.

“Sebelum ini kita telah mengadakan perjumpaan dan perbincangan bersama para mufti dan pakar undang -undang,” katanya sidang akhbar selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Futsal Piala Datuk Haji Idris Ahmad di Kamunting di sini hari ini.

Menurut beliau, perlu ada pasukan yang lebih kecil supaya isu itu dapat dipantau dan dibincangkan dengan lebih dalam.

“Isu pertukaran agama tidak perlu dibincangkan oleh pihak yang tidak berkaitan terutamanya orang politik kerana ia akan mengeruhkan keadaan.

“Pihak bertanggungjawab tidak akan lepas tangan supaya jalan penyelesaian dapat dimuktamadkan,” katanya. KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI