fbpx

Sokongan kepada Pas di Johor meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi Awang.

PETALING JAYA – Pas menerima keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan hati yang lapang dan akan terus menyantuni rakyat berdasarkan peningkatan sokongan yang ketara di kebanyakan kerusi ditandingi parti itu dibawah bendera Perikatan Nasional (PN).

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, sokongan yang diberikan rakyat Johor adalah amat bermakna bagi meneruskan agenda prihatin, berintegriti dan berkebajikan, demi kemaslatan negeri dan negara.

“Pas mengucapkan terima kasih kepada para petugas Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga jentera parti yang bertugas dalam memastikan proses pilihan raya berjalan dengan lancar dan selamat.

“Pas turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Johor yang telah mengundi calon-calon PN,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI