fbpx

Senaman yoga rahsia Tina aktif, cantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERGELAR peguam korporat tidak menghalang Tina aktif dalam bidang peragaan yang diminatinya.

MEMILIKI karier yang hebat impian setiap individu. Begitu juga dengan gadis pilihan Pesona Ahad minggu ini, Qistina Sofia Abdul Aziz, 26, yang merupakan seorang peguam korporat.

Graduan jurusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang lebih mesra dipanggil Tina ini petah berbicara dan berkeyakinan tinggi dalam menggapai setiap yang diimpikan.

Bersandarkan kelebihan yang dimilikinya, gadis cantik, tinggi lampai kelahiran Johor Bahru itu turut berjinak-jinak sebagai model sambilan dan pencipta kandungan kecantikan.

Tina yang mahu membuka empayar kosmetik sendiri berkongsi rahsia kekal cantik dengan Kosmo! Ahad.

Kosmo! Ahad: Apakah impian yang sudah tercapai?
Tina: Sejak di sekolah menengah, saya mahu menjadi seorang peguam, bagaimanapun, saya lebih tertarik untuk menjadi peguam korporat selepas melanjutkan pelajaran di universiti.

Selain bergelar peguam korporat, apakah yang dilakukan Tina?
Saya juga bergelar pencipta kandungan kecantikan dan model sambilan antaranya jenama poplook, meskipun sibuk dengan kerjaya, saya tetap curi masa untuk mengembangkan bakat dalam bidang peragaan, selagi ia tidak mengganggu atau menjejaskan kerjaya.

TINA berharap impiannya membawa ibu dan bapa menunaikan haji dan umrah tercapai dalam masa terdekat.

Bagaimana Tina menjaga kesihatan?
Saya mengamalkan yoga dan akan memperuntukkan masa sekurang-kurang 15 minit sehari untuk melakukan senaman berkenaan. Senaman memberikan saya ketenangan minda, sekali gus dapat melegakan otot yang tegang dan meningkatkan kekuatan dan fleksibiliti.

Cabaran dan kerjaya?
Masa untuk diri sendiri sangat terhad, namun saya menjadikannya sebagai satu cabaran dalam mengasah bakat dan kebolehan diri ini.
Bagi saya, kita tidak akan berjaya jika selalu berada di zon yang selesa.

Perancangan 10 tahun lagi?
Menunaikan segala impian ibu dan ayah, berharap diberi peluang dan rezeki membawa mereka menunaikan haji dan umrah.
Saya juga seperti wanita lain mahu membina keluarga sendiri selain berhasrat untuk berhijrah ke negara luar demi mencari pengalaman yang berbeza. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI