fbpx

Remaja bantu tunda motosikal kawan maut di LPT2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal dinaiki Muhammad Rasul Mustaqim yang maut setelah terlibat dalam kemalangan ketika sedang menunda motosikal kawan di KM 365.4, LPT2 berhampiran Bukit Besi, Dungun hari ini.

DUNGUN – Niat baik seorang pekerja sebuah kilang getah membantu menunda motosikal rakannya yang rosak bertukar tragedi apabila dia maut dilanggar sebuah kereta di Kilometer 365.4 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Bukit Besi di sini hari ini.

Mangsa, Muhammad Rasul Mustaqim Azlee Allvin, 17, menghembus nafas terakhir setelah kira-kira dua jam menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Dungun di sini.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian, mangsa sedang menunda motosikal rakannya yang rosak terbabit bersama seorang kawan lain di lokasi kejadian.

Beliau berkata, mereka termasuk Muhammad Rasul Mustaqim yang menunggang motosikal Yahama LC135 dikatakan dalam perjalanan pulang ke yang berasal dari Kampung Sungai Timun, Rembau, Negeri Sembilan dari Kuala Terengganu.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian pada pukul 10 pagi, mangsa yang berada di sebelah kanan dikatakan tiba-tiba gagal motosikalnya lalu terjatuh ke tengah lebuh raya.

“Sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang jurutera berusia 30 tahun tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Baharuddin berkata, Muhammad Rasul Mustaqim yang cedera parah pada bahagian badan dikejarkan ke Hospital Dungun.

Tambah beliau, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia pada pukul 12 tengah hari. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI