fbpx

PRN Johor : Alwiyah mahu buat kenduri kesyukuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alwiyah Talib

MERSING – Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau yang juga penyandang bagi kerusi tersebut, Alwiyah Talib mahu mengadakan kenduri kesyukuran dan penghargaan sekampung kepada jentera PN selepas diumumkan sebagai pemenang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, semalam.

Beliau berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Mohd. Youzaimi Yusof dengan majoriti 3,041 undi.

Katanya, beliau akan terus memberi fokus untuk melaksanakan apa yang masih tertangguh sejak penggal lalu.

Tambahnya, fokusnya juga akan menumpukan sepenuhnya untuk kesejahteraan rakyat di kawasan DUN Endau.

“Insya-Allah mungkin esok atau sehari dua ini akan berehat dan tak boleh selesa lama juga, cukuplah rehat dua hari kemudian banyak benda yang saya perlu fokus untuk dilaksanakan demi rakyat tempatan yang masih tertangguh sejak penggal lalu.

“Meskipun difahamkan negeri Johor akan ditadbir BN, ia tidak akan mematahkan semangat saya untuk khidmat rakyat di kawasan Endau.

“Saya adalah wakil rakyat untuk rakyat di Endau dan langkah pertamanya saya nak buat kenduri kesyukuran dan penghargaan sekampung kepada jentera PN dan pengundi tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas pengumuman keputusan rasmi DUN Endau oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Dewan Serbaguna Endau, Majlis Daerah Mersing di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI