fbpx

Polis siasat video tular anggota APM ingkar arahan operasi tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang tular di media sosial memaparkan seorang anggota APM ingkar arahan Komander Operasi Bencana di lokasi kejadian tanah runtuh, Taman Bukit Permai.

AMPANG – Polis hari ini membuka kertas siasatan berhubung video tular melibatkan seorang pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang ingkar arahan Komander Operasi Bencana di lokasi tanah runtuh, Taman Bukit Permai, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, video yang tular di media sosial itu turut melibatkan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya sedang memberikan arahan di lokasi kejadian selaku Komander Operasi Bencana.

“Pegawai APM terbabit telah masuk ke lokasi bencana tanpa kebenaran yang merupakan kawasan larangan, tindakan itu menjejaskan keselamatan pasukan carian dan akan menganggu operasi menyelamat.

“Arahan itu dikeluarkan supaya pasukan APM tidak dibenarkan memasuki tempat tersebut setelah membuat penilaian situasi termasuk aspek keselamatan dan ruang yang terlalu sempit.

“Selain itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) telah berada di tempat kejadian dalam usaha mencari dan menyelamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, penyebaran video itu telah menjejaskan reputasi polis khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kerana boleh disalah tafsir orang ramai.

Jelasnya, susulan itu pihaknya membuka satu kertas siasatan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 188, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia 1998. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI