fbpx

PKR khuatir peratusan mengundi rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PETALING JAYA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) khuatir dengan trend peratusan keluar mengundi yang rendah.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu mendukacitakan serta boleh menggugat proses demokrasi.

“Tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kejayaan membentuk kerajaan negeri di Johor. PKR akur dengan keputusan yang dibuat rakyat Johor.

“Kita amat khuatir dengan trend peratusan keluar mengundi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau menghargai semua pendukung dan jentera PKR serta Pakatan Harapan.

Menurutnya, mereka berhempas pulas menggerakkan kempen sepanjang berlangsungnya PRN Johor.

“Keputusan ini juga suatu peringatan penting buat parti-parti politik kembali merangkul kekuatan bagi mendepani Pilihan Raya Umum kelak,” katanya.

Dalam PRN Johor semalam PKR cuma memenangi satu kerusi DUN dan PH sebanyak 11 kerusi DUN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI