SHAH ALAM – Berpengalaman menjalankan perniagaan selama 24 tahun bukan jaminan bagi usahawan untuk tidak melakukan kesilapan yang berisiko membuatkan bisnes gulung tikar.
Pengerusi Koperasi Kelab GTR, Nordin Mat berkata, kesilapan beliau adalah penilaian pembelian aset sebagai langkah mengembangkan perniagaan.
“Saya silap melabur dan beli aset yang salah. Perintah kawalan pergerakan (PKP) menghancurkan segala perancangan.
“Apabila banyak hutang, saya jual semua bisnes dan aset untuk bermula semula dari kosong,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Bekas ahli geologi ini turut berkongsi kegagalan mengendalikan bisnes burger.
“Saya berniaga burger guna kaedah biasa, bermula dengan 20 gerai yang dilengkapi peralatan dan bahan membuat burger.
“Daripada 20 gerai, yang tinggal hanya tiga, selebihnya gagal,” jelas beliau.
Nordin kemudiannya mengambil keputusan mengikuti program RichWorks dan mendapat tunjuk ajar Mentor, Datuk Wira Dr Azizan Osman.
“Alhamdulillah, saya berjaya naikkan semula bisnes daripada tiga kepada 70 gerai,” jelasnya.
Bagi yang berminat nak rasakan ataupun menjana pendapatan bersama GTR, boleh layari laman web gtrburger.my.