fbpx

Pas perlu buat kajian yang lebih tepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairuddin

PETALING JAYA – Kepimpinan Pas mesti membuat keputusan strategi yang lebih tepat dengan kajian yang lebih halus berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam.

Ahli Parlimen Pas Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, pimpinan Pas harus mendengar pandangan ahli akar umbi dan jentera yang hidup bergelumang dengan rakyat setempat untuk parti itu ‘mengukur baju di badan sendiri’.

“Pas menang kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani yang pernah dimenangi pada 2008 dan 2013. Boleh menang semula juga kerusi Bukit Pasir jika dicampur dengan undi bekas Pas yang bertanding bebas.

“Sebanyak 13 kerusi lagi Pas tidak kalah cuma belum menang, tetapi Insya-Allah terus menang mendapat reda Allah. Kalah itu biasa bagi Pas. Menang itu luar biasa,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin berkata, Pas bersedia untuk kalah dan menang dalam pilihan raya kerana neraca kemenangan Pas bukan pada angka undi tetapi pada kerja-kerja perjuangan yang dilaksanakan.

Menurutnya, Pas boleh terus berjihad sebagai pembangkang kepada kerajaan dan pembangkang yang mesra dan bersikap matang.

“Meskipun belum menang di Johor, Pas masih akan terus mencuba dengan strategi yang baru untuk Pilihan Raya Umum mengharapkan kemenangan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI