fbpx

Operasi kesan pendaki warga emas dibantu sukarelawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota unit K9 Bomba semasa melakukan pencarian pendaki warga emas yang dikhuatiri hilang di Puncak Jelapang, Ipoh pagi tadi.

IPOH – Operasi mencari seorang pendaki warga emas yang dikhuatiri hilang semasa menyertai aktiviti pendakian bersama tujuh rakan di Puncak Jelapang di sini diteruskan pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri Perak berkata, pencarian dimulakan pukul 8 pagi tadi melibatkan 36 anggota pelbagai agensi.

Menurut jurucakap tersebut, turut terlibat ialah seramai 35 sukarelawan yang merupakan tim pendaki Harrier House.

“Operasi pagi ini diteruskan dengan pencarian dibahagikan kepada dua tempat iaitu sektor A merangkumi jarak sejauh dua kilometer dan kawasan mangsa disyaki jatuh.

“Pencarian sektor B pula meliputi kawasan cerun dan tebing tinggi,” ujarnya.

Operasi turut melibatkan anggota Multi Skill Team (MUST) JBPM dan Unit Pengesan K9.

Kehilangan mangsa, Lau Sam, 84, disedari ahli kumpulannya pada pukul 6 petang kelmarin setelah dia tidak tiba di kaki bukit sebelum mereka bertindak mencari mangsa.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan mangsa pada pukul 1.17 pagi semalam lalu melancarkan operasi mencari.

Operasi diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya, Sharudi Muhamad Halil. – K0SMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI