fbpx

‘Mikael perlukan RM45,000 untuk rawat paru-paru’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurazani bersama bayinya yang menghidap masalah tumbesaran paru-paru yang tidak sempurna.

SEBERANG PERAI – Seperti kata pepatah, ‘sudah jatuh di­timpa tangga.’

Itu nasib yang menimpa seorang wanita, Nurazani Ahmadon, 32, yang menjadi ibu tunggal dalam sekelip mata, tidak lama selepas dia melahirkan anak sulung.

Lebih mendukacitakan apabila anaknya, Muhammad Mikael Abdullah yang dilahirkan pramatang kira-kira dua minggu lalu kini menghidap masalah tumbesaran paru-paru yang tidak sempurna.

Nurazani berkata, doktor memaklumkan Muhammad Mikael telah tertelan mekonium atau ‘najis’ sendiri ketika dalam kan­dungan sehingga menyebabkan paru-paru bayinya berada dalam keadaan kritikal akibat dijangkiti kuman.

Menurutnya, Muhammad Mikael yang lahir dengan berat 2.1 kilogram (kg) kini dirawat di unit penjagaan intensif untuk bayi (NICU) dan memerlukan per­belanjaan sehingga RM50,000 untuk menampung kos rawatan.

“Dengan pendapatan sekitar RM2,250 sebulan sebagai seorang jurujual di sebuah pasar raya, saya cuma mampu mengumpul RM5,000.

“Saya masih memerlukan kira-kira RM45,000 lagi untuk mencukupkan kos rawatan ber­kenaan,” katanya kelmarin.

Buntu dengan masalah itu, Nurazani telah menghubungi pertubuhan kebajikan, One Hope Charity and Welfare di Bukit Mertajam di sini bagi membantu mengumpul dana untuk Muhammad Mikael.

Pengerusi One Hope Cha­rity and Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, selepas membuat beberapa pengesahan lanjut, pihaknya bersetuju untuk membantu wanita tersebut mengutip dana daripada orang awam selain membantu menguruskan rawatan anaknya itu.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Public Bank Berhad di nombor 3193433435 atau menerusi laman sesawang www.onehopecharity.org atau melalui aplikasi One Hope Charity.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI