fbpx

Mayat wanita rentung dalam sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Mayat seorang wanita yang dipercayai telah mati dibunuh ditemui dalam keadaan rentung di sebuah bilik di kawasan sekolah menengah di Bandar Tun Razak, Cheras, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung mengenai kejadian kebakaran di sebuah bilik dalam kawasan sekolah di Bandar Tun Razak, Cheras pada pukul 6.18 petang semalam.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota Balai Polis Salak Selatan pergi ke tempat kejadian dan mendapati kebakaran dipadamkan dan satu mayat dalam keadaan rentung dijumpai oleh pihak bomba.

“Mangsa berusia 25 tahun bekerja sebagai penyelia kedai buku di sekolah itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Idzam berkata, mayat telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Tambahnya, satu tangkapan dibuat terhadap seorang lelaki berusia 30-an di dalam kawasan sekolah bagi membantu siasatan.

“Mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diharap tampil membantu pihak polis dengan berhubung dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di talian 013-2165881, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584 / 585 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” tegas beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI