fbpx

Mat Sabu seru pembangkang kembali bersatu hadapi PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Sabu

PETALING JAYA – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menjadi pengajaran kepada pembangkang untuk kembali bertaut dan menyusun strategi bersama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, keputusan PRN Johor menunjukkan BN tidak menambah kekuatan, sebaliknya mendapat manfaat daripada perpecahan pembangkang yang begitu ketara.

“Keputusan PRN Johor menunjukkan dengan jelas bahawa jumlah undi yang diperolehi oleh pembangkang melebihi 200,000 undi jika dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN).

“Jumlah undi sebanyak 200,000 jika dibahagi kepada 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) secara purata hampir 4,000 jumlah undi pembangkang mengatasi BN.

“Saya ingin memberi ingatan jika kita terus berpecah dalam menghadapi Barisan Nasional (BN), hasilnya kita akan ‘memakan angin’ beramai-ramai selepas PRU-15 nanti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Mohamad yang lebih popular dengan panggilan Mat Sabu berkata, faktor utama kekalahan Pakatan Harapan (PH) semalam adalah peratusan keluar mengundi yang begitu rendah terutama dalam kalangan orang Tionghoa di kawasan bandar.

Menurut beliau, faktor itu menyebabkan kawasan-kawasan campuran yang menjadi tapak kekuatan PH.mengalami kekalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI