fbpx

Lari 10 kilometer tidak hilangkan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aktiviti larian sejauh 10 kilometer tidak dapat menghilangkan jangkitan Covid-19 - GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Aktiviti larian sejauh 10 kilometer (km) di tempat terbuka bagi individu positif Covid-19 adalah sama sekali tidak digalakkan.

Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr. Rafidah Abdullah berkata, sebaliknya, individu yang positif perlu mengasingkan diri dan kurantin serta mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti di kawasan yang terbuka.

“Dakwaan segelintir individu bahawa larian sejauh 10km mampu untuk hilangkan Covid-19 adalah mengarut.

“Bagi mereka yang positif Covid-19, seeloknya rehat, kekal hidrasi & makan makanan sihat. Bukan pergi berlari jarak jauh kerana mempunyai risiko serangan jantung,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter hari ini.

Jelasnya lagi, masyarakat juga digalakkan untuk membuat ujian berkala ketika ini bagi mengekang penularan Covid-19.

“Ujian pantas RTK-Ag adalah ujian saringan. Tidak semestinya test RT-PCR anda kekal negatif. Lebih bagus buat ujian berkala tapi negatif tidak bermaksud anda tiada ya,” ujarnya.

Terdahulu, sebanyak 26,250 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam dengan 177 kes daripadanya adalah kategori tiga, empat dan lima, menjadikan keseluruhan sebanyak 3,801,036 kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI