fbpx

‘Kata-kata adakala bawa musibah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHILA AMZAH mengaku tidak langsung mempunyai masalah dengan Sharnaaz.

BUKAN sengaja mengada-adakan cerita tanpa hujung pangkal, artikel ini tidak terkandung niat untuk melaga-lagakan ataupun mencantumkan semula hubungan yang pernah terkandas antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah satu ketika dahulu.

Shila atau nama sebenarnya, NurShahila Amir Amzah bertemu kejayaan yang boleh disifatkan antara tertinggi dalam karier seninya bersama kumpulan SOG pada Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) Ahad lepas apabila diangkat sebagai juara keseluruhan menerusi karya berjudul Pelukan Angkasa.

Disebabkan mercu baharu dalam seninya itu jugalah muncul untaian kenyataan daripada ‘kisah lama’ yang diluncurkan Sharnaaz menerusi media sosialnya.

“Pelukan Angkasa, superb music (muzik hebat). Berdiri bulu uban jambang aku,” ciap Sharnaaz, 37, dengan sedikit tona lelucon.

Rentetan itu, ramai yang mula mengusik, baik Sharnaaz mahupun Shila untuk kembali bertaut kasih selepas hubungan mereka dilanda badai sekitar 2013. Kini masing-masing berstatus solo, ramai juga dalam kalangan peminat yang mendoakan agar mereka kembali bersama.

Shila ketika ditemui Pose usai AJL36 mengakui tidak menyimpan dendam terhadap sesiapa, termasuklah Sharnaaz yang dahulunya pernah berkongsi kasih dengannya.

“Baguslah jadi suportif dan positif. Saya tak musuh dengan sesiapa, elok sahaja. Semua orang pun berbaik-baik, alhamdulillah,” katanya.

Jelas pelantun lagu Patah Seribu itu lagi, hubungannya dengan Sharnaaz berada dalam terma yang baik meskipun dengan segala yang berlaku sebelum ini.

‘Kami tiada masalah’

“Hubungan kami baik dan tidak mempunyai masalah. Memang tidak ada masalah langsung.

“Orang doakan, saya tiada aminkan, mengiyakan atau menidakkan sebab kata-kata kita ini adakala bawa musibah terhadap diri sendiri.

“Jadi, saya terima segalanya dan pandang semua secara positif,” tutur Shila, 32.

Mengulas lanjut tentang pendekatannya agak berdiam dalam industri hiburan yang bersifat terbuka, Shila mengakui perjalanan seninya sebelum ini agak terhad memandangkan bekerja bersama keluarga.

“Sebelum ini, sebab saya bekerja dengan keluarga.

“Sekarang ini saya dapat banyak kebebasan untuk menghasilkan karya sendiri dan memilih jalan yang saya mahukan.

“Kadang-kadang bisnes dengan keluarga tak bagus. Saya berterima kasih untuk ibu bapa tetapi untuk usia sekarang, i am ready to rock,” katanya.

Dedah wanita berstatus ibu tunggal itu, segala kepincangan yang berlaku sebelum ini bukanlah 100 peratus datang daripada keputusan sendiri.

‘Bukan saya 100 peratus’

“Sebenarnya, sebarang perancangan untuk Shila Amzah sebelum ini bukanlah 100 peratus datang daripada saya.

“Untuk waktu sekarang, saya cuma boleh cakap ini adalah permulaan yang baik untuk saya berkarya dan lebih diterima orang ramai.

“Sekarang ramai yang positif, susah nak jumpa komen negatif dalam laman sosial.

“Semua orang sangat baik dan menyokong saya. Saya rasa cukup selesa dengan apa yang saya ada sekarang.

“Alhamdulillah. Saya memang begini dan sebelum ini, orang tak dapat lihat sisi saya yang sekarang ini sebab sebelum ini ‘tertutup’.

“Sekarang dah ‘terbuka’, insya-Allah orang dah mula nampak dan saya akan buat yang terbaik,” katanya lagi.

Itu pengakuan Shila tentang kerjaya seninya yang seperti kembali hidup. Dalam diri Shila mungkin, ada kisah yang tidak mahu dikenangnya.

Sebagaimana Sharnaaz berlapang dada dengan apa yang berlaku sebelum ini dan bergerak ke hadapan, barangkali itu juga harapan serta pendekatan industri terlibat dengan permasalahan timbul suatu ketika dahulu.

Buat Shila dan juga SOG serta mereka yang terlibat dengan kemenangan Pelukan Angkasa pada AJL36, syabas buat kalian. Selain kejayaan tersebut, ada perkara baik yang berlaku.

Itulah sebenarnya peranan dan kuasa muzik. Menyatukan orang ramai serta mengenepikan perbezaan pendapat atau sengketa yang pernah tercetus secara sengaja atau sebaliknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI