fbpx

JDT belasah BRM FC 10-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sumareh (kanan) mencetak nama sebagai penjaring gol dalam aksi Liga Malaysia JDT menentang BRM FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini.

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) membuktikan juara Liga Super itu terlalu kuat buat pasukan Liga M3, BRM FC apabila mudah menewaskan lawan 10-0 pada aksi Piala FA, malam tadi.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu menyaksikan skuad Harimau Selatan berjaya meledak tiga gol ketika permainan berusia 20 minit.

Pasukan tuan rumah tidak menunjukkan tanda-tanda untuk memperlahankan rentak permainan apabila terus menggasak skuad bimbingan Ahmad Fairuz Mohd. Yunus untuk mengukuhkan cengkaman.

BRM yang mempunyai peluang untuk mendapatkan gol saguhati pada babak akhir perlawanan terpaksa gigit jari setelah sepakan penalti Fitri Omar diselamatkan penajaga gawang JDT Haziq Nadzli.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI