fbpx

Indonesia mohon lebihan kuota haji negara lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Agama Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas. - Fail Kementerian Agama

JAKARTA – Menteri Agama Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas akan bertolak ke Arab Saudi dalam masa terdekat untuk berbincang dengan Menteri Haji di sana mengenai persiapan ibadah haji tahun ini, lapor laman berita Kompas, kelmarin.

Dalam masa sama, Yaqut memaklumkan beliau akan cuba meminta lebihan kuota negara-negara lain untuk diberikan kepada jemaah Indonesia.

Menurutnya, adalah lebih baik kuota yang tidak diguna diserap oleh negara dengan jemaah yang layak untuk menunaikan ibadah tersebut.

“Saya akan terbang ke Arab Saudi tidak lama lagi dan membincangkan hal pelaksanaan ibadah haji bagi tahun 2022.

“Pihak kementerian juga akan cuba meminta sekiranya ada lebihan kuota dari negara-negara lain untuk diserap buat jemaah Indonesia,” jelasnya.

Beliau juga berharap tahun ini, semua jemaah dari semua negara termasuk Indonesia dibenarkan untuk menunaikan ibadah haji seperti biasa. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI