fbpx

Cuaca buruk di beberapa negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk bagi negeri yang terlibat dijangka berlaku sehingga pukul 5 petang ini.

“Di Kedah, kawasan yang terlibat adalah Baling dan Kulim serta beberapa daerah di Pulau Pinang iaitu Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan,” kata kenyataan itu.

Tambah MetMalaysia, kawasan yang dijangka dilanda hujan lebat dan ribut petir di Perak adalah di Batang Padang dan Muallim.

“Selain itu, hujan lebat serta ribut petir juga tertumpu di beberapa kawasan sekitar negeri Kelantan seperti Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai sementara di Terengganu membabitkan Besut, Setiu dan Hulu Terengganu,” ujarnya.

Jelas MetMalaysia, cuaca buruk tersebut turut dijangka berlaku di Pahang membabitkan kawasan Kuantan dan Pekan manakala di negeri Selangor hanya tertumpu pada kawasan Hulu Selangor.

“Keadaan cuaca buruk juga diramal berlaku di Sabah, melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang), Pantai Barat (Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan) sementara di Sarawak tertumpu pada kawasan Limbang,” jelasnya.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI