fbpx

CAAM pantau pesawat menjelang sempadan dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chester Voo

PUTRAJAYA – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan sentiasa melakukan pemantauan keselamatan pesawat menjelang pembukaan sempadan negara bulan hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kapten Chester Voo Chee Soon berkata, agensi itu juga akan terus menyediakan sokongan kepada operator yang memerlukan bantuan sewajarnya.

“Ini termasuk memudah cara pihak industri dan berharap sektor penerbangan awam akan dapat memulakan kembali operasi dengan amat selamat,” katanya menerusi satu kenyataan di sini.

Pekeliling terbaharu makluman keselamatan (SI) bilangan 7/2022 itu yang juga memansuhkan memo SI 06/2021 sebagai merujuk isu sempadan negara dibuka bermula pada 1 April ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 7 Mac lalu membuat kejutan apabila mengumumkan kelonggaran tersebut sebagai tempoh fasa peralihan wabak kepada endemik.

Sebelum sektor penerbangan komersial ditutup pada 18 Mac 2020 lalu, sejumlah 958,456 buah pesawat direkodkan di semua lapangan terbang seluruh negara ini sepanjang 2019 lepas.

Menurut data Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), seramai 59.9 juta penumpang menaiki pesawat pada tahun itu sebelum angkanya menjunam kepada 15.6 juta pada 2020.

Apabila pintu sempadan negara ditutup, hanya 373,327 buah pesawat direkodkan Mavcom sepanjang 2020 lalu dengan sebahagian besar mengangkut peralatan perubatan Covid-19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI