PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) tidak akan mensia-siakan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Johor.
Calon Menteri Besar BN, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad berkata, BN akan menunaikan janji membawa kestabilan masa hadapan negeri itu.
“Terima kasih Bangsa Johor. Kami tidak akan mensia-siakan kepercayaan yang diberikan kepada BN.
“Insya-Allah seperti yang dijanjikan kami akan membawa kestabilan masa hadapan buat negeri Johor,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE