fbpx

Biden bimbang Perang Dunia Ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRESIDEN AS, Joe Biden bercakap di White House kelmarin. - AFP

WASHINGTON – Presiden Joe Biden sekali lagi menolak sebarang campur tangan secara langsung oleh Amerika Syarikat (AS) bagi menyekat pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Dalam amarannya, Biden berkata, tindakan mengheret Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ke dalam konfrontasi dengan Kremlin akan mencetuskan ‘Perang Dunia Ketiga”.

“Kita perlu berusaha supaya perkara itu tidak berlaku.

“Justeru, kita tidak akan perangi Rusia di Ukraine,” kata Biden dalam satu ucapan di White House kelmarin sekali gus menolak rayuan Kiev agar NATO campurtangan untuk menghentikan serangan Rusia.

Terdahulu, Rusia menuduh Ukraine dan AS membangunkan senjata biologi serta kimia dalam dakwaan yang disifatkan Barat sebagai alasan Moscow untuk menggunakan senjata berbahaya itu di Ukraine.

Pada 2018, Moscow menuduh AS secara rahsia melakukan eksperimen senjata biologi di dalam sebuah makmal di Georgia. Bekas negara Kesatuan Soviet itu seperti juga Ukraine, mempunyai cita-cita untuk menyertai NATO dan Kesatuan Eropah.

“Saya tidak akan bercakap mengenai maklumat risikan tetapi Rusia akan menerima padah yang teruk jika ia menggunakan senjata kimia,” kata Biden semasa mengumumkan senarai sekatan baharu ke atas Moscow.

Biden juga bertindak menamatkan status hubungan dagangan normal dengan Rusia kelmarin sekali gus meningkatkan tekanan terhadap Presiden Vladimir Putin. Langkah itu membolehkan Washington mengenakan tarif berganda sekali gus menjadikan harga produk Rusia, melambung tinggi dan hilang daya saing. 

AS dan negara-negara Barat  menghantar senjata bernilai jutaan dolar seperti peluru berpandu antipesawat dan antikereta kebal ke Ukraine selain berkongsi maklumat risikan. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI