fbpx

‘Baby bump’ Elisya Sandha semakin jelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELISHA SANDHA

KHABAR angin mengenai status kehamilan pertama Elisya Sandha kini semakin bertiup kencang.

Walaupun tuan punya badan masih mengunci mulut, ramai yang sudah mula perasan dengan perubahan bentuk fizikal Elisya, ‘baby bump’ dia juga semakin ketara!

Bukan Diva seorang sahaja yang perasan tetapi netizen turut nampak benda sama.

Selain itu, Diva kerap juga ternampak video dia memegang perut seperti yang sering dilakukan ibu-ibu hamil.

Dia juga kerap memuat naik atau berkongsi foto wanita hamil dalam InstaStorynya seperti Rihanna yang satu dunia tahu dia sedang mengandung.

Rasa-rasanya khabar angin tersebut mungkin betul, namun tiada kesahihan muncul daripada mulutnya.

Kalau betul sekali pun, pasti ramai yang mendoakan kesihatan Elisya dan bayi dalam kandungannya.

DIVA: Sebelum ini Elisya ada memberitahu dia nak bercuti sebulan, mungkin disebabkan hamil?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI