fbpx

Hampir seluruh negara alami cuaca buruk malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di seluruh negara kecuali negeri Melaka dan Negeri Sembilan yang dijangka akan berlaku sehingga pukul 8 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebooknya berkata, penduduk di seluruh kawasan terlibat dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran ribut petir pada malam ini.

“Di Perlis, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur ke semua kawasan di negeri itu bakal alami ribut petir serta hujan lebat.

“Di Kedah kawasan pula yang terlibat adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Johor hanya tertumpu di kawasan Johor Bahru.

“Sementara itu, amaran sama turut dikeluarkan di kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak di negeri Perak,” kata kenyataan itu.

Kata MetMalaysia, kawasan yang dijangka dilanda ribut petir di Kelantan adalah di Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai manakala di Terengganu pula, kawasan terlibat adalah di Besut.

“Keadaan cuaca buruk juga diramalkan berlaku di negeri Pahang melibatkan kawasan di Jerantut sementara di Selangor membabitkan kawasan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling,” ujarnya.

Tambahnya, keadaan cuaca buruk juga diramal berlaku di Sarawak, melibatkan kawasan Kapit (Belaga), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang sementara di Sabah tertumpu pada kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort) dan Pantai Barat (Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI