fbpx

Warga emas meninggal dunia di pusat mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaharudin.

MUAR – Suasana di sebuah pusat mengundi di daerah ini cemas apabila salah seorang pengundi rebah sebelum disahkan meninggal dunia hari ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 pagi itu, mangsa yang berusia 78 tahun dilaporkan rebah dan tidak sedarkan diri.

“Siasatan awal pihak polis mendapati mangsa tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri di tempat kejadian sebelum disahkan kematiannya oleh pegawai perubatan.

“Setakat ini pihak polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan mangsa telah dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI