fbpx

Tanah Runtuh: MOSTI guna teknologi ‘remote sensing’ angkasa pantau kejadian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandangan udara kejadian tanah runtuh di Taman Permai 2, Ampang.

AMPANG – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersedia membantu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam operasi serta perancangan berhubung kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, di sini melalui analisa dan teknologi ‘remote sensing’ angkasa.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, pihaknya berhasrat untuk membuat analisa menggunakan teknologi yang dibangunkan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

“Terdapat tujuh jenis maklumat yang diperlukan berkaitan dengan ‘remote sensing’ dan imej satelit yang sepatutnya boleh memberi maklumat awal sekali gus membantu dari segi menangani risiko berkaitan dengan kejadian seperti ini.

“Sebelum ini, sudah berlaku kejadian sama di Kemensah dan kita pernah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menerusi ‘System E-Slope’ yang membantu berkaitan pembangunan cerun,” ujarnya ketika ditemui selepas meninjau lokasi kejadian, dekat sini hari ini.

Jelas beliau, kerjasama ini melibatkan pihak MYSA dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Tegasnya, MOSTI berperanan memberikan maklumat yang diperlukan menggunakan satelit.

“Perkara itu kita sudah laksanakan dan ia adalah skop dibawah MOSTI dan kunjungan saya di sini adalah bagi memastikan kita tidak ada terlepas pandang dari segi apa-apa maklumat.

“Selain itu, ia bagi membolehkan kita membantu kerajaan dari segi membuat keputusan dan lain-lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI