fbpx

Ronaldo sudah sedia gempur Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RANGNICK (kanan) sudah bersedia menyenaraikan Ronaldo untuk aksi menentang Spurs pada aksi EPL di Stadium Old Trafford awal pagi esok. – AFP

MANCHESTER – Sekalipun masa depannya terus diperkatakan, Cristiano Ronaldo sentiasa tampil dengan mentaliti juara dan tidak sabar untuk ‘keluar’ daripada episod kece­deraan pinggul dialaminya bagi memboleh­kannya kembali membantu Manchester United.

Selepas terlepas aksi derbi menentang Manchester City, Ronaldo tampil dengan mesej jelas yang dia begitu mengimpikan untuk kembali beraksi malah pengurus pasukan, Ralf Rangnick juga mengesahkan tiada lagi tambahan pemain yang cedera.

Ketika aksi bertemu City, Ronaldo dilaporkan kembali ke Portugal bagi menjalani pemulihan, namun bintang dunia berkenaan sudah kembali menjalani latihan bersama pasukan menjelang aksi menentang ­Tottenham Hotspur awal pagi esok.

“Bekerja keras untuk menjadi lebih kuat. Bersemangat untuk kembali ke padang dan membantu pasukan,” katanya menerusi muat status pada Instagram miliknya.

Status muat naik Ronaldo itu hadir beberapa hari selepas ada khabar angin mengatakan dia dan ejen, Jorge Mendes bersedia untuk membawa kapten Portugal itu keluar dari Old Trafford.

Di sebalik berita panas Ro­naldo dan Rangnick, pengurus itu pula seakan bersedia menyenaraikan pemain itu untuk aksi menentang Spurs, namun berkemungkinan di bangku simpanan kerana bimbang kece­deraannya bertambah teruk.

Rangnick dikatakan mengambil keputusan itu memandang The Red Devils bakal berdepan satu lagi tugas getir bertemu Atletico Madrid pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi Rabu depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI