fbpx

PRN Johor : Wanita 73 tahun antara terawal mengundi DUN Larkin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Suhaini antara pengundi terawal keluar mengundi di SK Larkin 1, Johor Bahru hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO

JOHOR BAHRU – Seorang wanita emas berusia 73 tahun merupakan antara individu terawal menunaikan tanggungjawab membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Larkin 1, di sini hari ini.

Siti Suhaini Kenat tiba bersama rakannya kira-kira pukul 8.15 pagi sebelum selesai membuang undi di saluran satu kira-kira pukul 8.30 pagi.

Menurutnya, dia yang sudah lebih lima kali menunaikan tanggungjawab menyeru agar orang ramai terutamanya golongan muda keluar mengundi.

“Saya sesudah menunaikan solat Subuh sudah bersedia untuk turun mengundi.

“Orang muda keluarlah awal untuk mengundi, senang mudah kerja nanti,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Siti Suhaini merupakan antara 2,539,606 pengundi biasa bakal mengundi untuk memilih wakil rakyat di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI