fbpx

PRN Johor: #Tidak rasmi BN mendahului 40 kerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Rata-rata pemimpin Barisan Nasional kini berkumpul di Bangunan Badan Perhubungan UMNO Negeri di sini bagi menanti keputusan rasmi Pilhan Raya Negeri (PRN) Johor 2022.

Antara pemimpin yang hadir ke pusat ini adalah Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Turut hadir Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan dan Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

Setakat pukul 7 petang tadi, keputusan tidak rasmi Barisan Nasional sedang mendahului di 40 Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 56 DUN yang dipertandingkan.

Antara kerusi tersebut adalah Endau, Kahang, Paloh, Yong Peng, Sri Medan, Kemelah, Senggarang, Tenggaroh, Bukit Naning, Maharani, Senai, Skudai, Tenang, Bukit Permai dan Bukit Batu.

Ketika ini proses kiraan undi masih lagi berlangsung membabitkan seramai 239 calon daripada 15 parti politik akan bertanding merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Paling menarik, PRN kali ini merupakan pilihan raya pertama bagi anak muda merasai sendiri pengalaman keluar mengundi bagi memilih wakil rakyat, melibatkan 173,177 individu berusia 18 hingga 20 tahun.

Dalam pada itu, Ahmad Maslan juga memaklumkan undi awal pasukan tentera juga memihak kepada BN di kesemua kem tentera di negeri ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI