fbpx

PRN Johor : Sanggup pandu 265km demi mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norazlina Abdullah yang memandu kereta berseorangan sejauh 265km mengambil masa empat jam dari Pengerang ke Segamat untuk pulang mengundi hari ini.

SEGAMAT – Seorang anak jati daerah ini tidak ketinggalan menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi apabila sanggup memandu kereta sejauh 265 kilometer (km) dari Pengerang ke Segamat bagi membuang undi hari ini.

Norazlina Abdullah, 43, mula memandu kereta berseorangan dari Pengerang pada pukul 9 pagi ini menuju ke Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Putra, Segamat.

“Saya bekerja di Pengerang. Jadi saya mengambil keputusan balik kampung pagi ini sebab ingat hari ini jalan tak sesak sangat.

“Saya exit (susur keluar dari lebuh raya) di Yong Peng. Keadaan kereta luar biasa sesak. Ramai rupanya yang balik mengundi hari ini.

“Di Simpang Renggam dan Labis juga masih sesak jalanraya. Selalunya memakan masa tiga jam untuk sampai Segamat. Tapi hari ini empat jam lebih baru sampai,” katanya ketika ditemui di Bandar Putra hari ini.

Norazlina yang merupakan seorang Pegawai Eksekutif di sebuah terminal petroleum di Pengerang berkata, ini merupakan kali keempat dirinya mengundi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI