fbpx

PRN Johor : Raja sehari pun mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan pengantin, Zaimah Nassir menunjukkan jarinya yang telah diwarnakan kepada suaminya, Faiq Basri yang hadir bagi menunaikan tanggungjawabnya untuk mengundi sempena PRN Johor ke 15 di Dewan Raya Kampung Melayu, Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Meskipun sibuk meraikan hari bahagia, pasangan pengantin baharu sempat meluangkan masa menunaikan tanggungjawab mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pereka grafik, Zaimah Nassir, 27, bersama pasangannya, Faiq Basri, 29, tiba di pekarangan Dewan Kampung Melayu, Majidee, Johor Bahru di sini kira-kira pukul 3.55 petang.

“Alhamdulillah syukur meskipun kami sibuk melangsung hari persandingan, kami tidak melupakan tanggungjawab untuk mengundi.

“Memang kami rancang sudah lama untuk melangsungkan hari bahagia, kebetulan pula sama tarikh PRN Johor hari ini,”katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Pasangan itu melangsungkan persandingan di rumah keluarga perempuan di Kampung Melayu Majidee di sini.

Zaimah yang mengambil masa kira-kira lima minit membuang undi sebelum bergegas ke kampung halaman suaminya di Parit Raja, Batu Bahat.

Faiz yang bekerja sebagai pegawai tadbir di sebuah jabatan kerajaan dijangka melakukan undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Raja petang ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI