fbpx

PRN Johor: Proses pengundian berjalan lancar, selamat, aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul Zaman ketika membuat pemantauan di Sekolah Kebangsaan IJ Convent di sini hari ini. - Foto FB POLIS JOHOR

JOHOR BAHRU – Proses pengundian di kesemua 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilhan Raya Negeri (PRN) Johor 2022 ketika ini berjalan lancar dan aman tanpa sebarang provokasi atau kekecohan.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat ketika meninjau perjalanan proses pengundian di beberapa pusat pengundian hari ini.

Menurut Kamarul Zaman, pihaknya juga berpuas hati dengan persiapan yang telah dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di semua pusat pengundian.

Selain itu katanya, pihak Polis Johor juga turut menempatkan antara lima hingga 10 anggota di setiap pusat pengundian sepanjang hari ini.

“Saya juga amat teruja hari ini kerana keadaannya aman, kalau dulu di luar sana (pusat pengundian) ada kumpulan-kumpulan penyokong yang datang, tetapi hari ini tidak ada.

“Cuaca juga pada hari ini baik pada sebelah pagi, tiada gangguan dan ia selamat, proses perjalanan pengundian hari ini juga berjalan lancar,” katanya.

Mengulas lanjut, Kamarul Zaman berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan berkaitan pergaduhan dan kesalahan ke atas individu lain.

“Cuma semalam sahajalah kita terima laporan berkaitan conteng poster dan bendera. Kita akan siasat perkara itu dan selepas ini kita akan ambil tindakan,”tegasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI