fbpx

PRN Johor : PH lakukan ‘post mortem’, sedia hadapi PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminolhuda Hassan (tengah) mengadakan sidang akhbar memaklumkan PH akan melakukan 'post mortem' terhadap kekalahan mereka dalam PRN Johor ini.

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) akan melakukan ‘post mortem’ bagi mengkaji punca utama kekalahan mengejut pakatan itu kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini.

Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, tindakan bedah siasat itu perlu dilakukan segera bagi membolehkan mereka bangkit semula menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.

Menurutnya, antara aspek yang akan diteliti termasuklah memastikan sebarang kelemahan, kekurangan dan kesilapan sepanjang PRN Johor diperbaiki.

“Ini penting dalam usaha PH untuk bersiap sedia dalam menghadapi PRU akan datang, khususnya selepas kita tahu kemenangan UMNO dan BN akan menjadikan mereka ghairah untuk mengadakan PRU secepat mungkin.

“Walaupun dengan kekalahan ini, kami tidak akan berputus asa. PH sebelum ini memang sudah biasa dengan peranan sebagai pembangkang dan kami tidak akan berputus asa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Pusat Operasi PH bagi PRN Johor di Hotel Le Grandeur, Senai, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI