fbpx

PRN Johor : Nornekman bawa keluarga mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nornekman (tengah) bersama keluarganya menunjukkan jari selepas selesai mengundi di SK Larkin 1, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas, Nornekman Osman membawa keluarganya mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Larkin 1 di sini hari ini.

Nornekman, 48, bersama ibunya, Datin Nora Md Som serta isterinya, Freda Ibrahim serta anak tiba di pekarangan sekolah kira-kira pukul 9.15 pagi.

Mereka merupakan tiga generasi membuang undi selama kira-kira lima minit.

Ibu Nornekman, Nora menasihatkan anaknya supaya menjadi seorang pemimpin yang berkhidmat untuk rakyat sepertimana yang diperjuangkan arwah suaminya, Allahyarham Datuk Osman Sapian.

“Sekiranya anak saya memenangi pilihan raya DUN Kempas, apa yang penting dia perlu tanam empat sifat dalam diri untuk mewakili rakyat di kawasan tersebut.

“Sifat siddiq, amanah, tabligh dan fathonah perlu ada dalam diri untuk memenangi hati rakyat, semoga dia dapat membela nasib-nasib penduduk di Kempas terutamanya orang asnaf, fakir miskin dan ibu tunggal,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI