fbpx

PRN Johor: Naik bas dari Petaling Jaya pulang mengundi di Muar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURALIZA teruja menjadi pengundi baharu bagi DUN Simpang Jeram sekaligus menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Johor.

MUAR – Meskipun berhadapan kekangan kerja di Kota Metropolitan, seorang wanita tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk pulang ke kampung halaman bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi hari ini.

Nuraliza Hassan, 25, yang juga pengundi pertama kali akui teruja kerana berpeluang membuat pilihan sebagaimana amalan demokrasi di negara ini.

Dia yang bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan di Shah Alam akui berdepan kesukaran untuk mengundi pada peringkat awal ekoran terikat dengan komitmen kerja.

“Saya menyewa di Petaling Jaya, Selangor dan kebiasaannya hari minggu agak sukar untuk kami mohon cuti berikutan jumlah panggilan daripada pelanggan yang ramai.

“Namun saya tetap berusaha memujuk majikan kerana saya benar-benar mahu pulang ke kampung untuk mengundi.

“Kemudian semalam, syarikat baru maklumkan cuti saya diluluskan dan saya kelam-kabut untuk membuat persiapan kerana pulang pun menaiki bas, namun saya tetap nekad untuk balik juga dan menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Johor,” katanya ketika ditemui di Sekolah Agama Bakri Batu 5, di sini hari ini.

Nuraliza berkata, meskipun kelulusan cuti hanya diberikan sehari dan dia perlu pulang bekerja semula pada Ahad, namun dia tidak menganggapnya sebagai sia-sia kerana tindakannya itu dianggap sebagai suara rakyat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI