PETALING JAYA – Calon berbangsa Melayu, Marina Ibrahim yang mewakili Pakatan Harapan (PH) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai dilaporkan telah memenangi kerusi tersebut.
Marina dilaporkan berjaya mengalahkan calon-calon dari Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional dengan jumlah 4,069 undian.
Dalam pada itu, calon BN, Lim Soon Hai berada di kedudukan kedua dengan memperolehi 1,969 undian, manakala calon PN Khoo Kong Ek dengan jumlah 1,023 undian.
Sebelum ini kerusi DUN Skudai merupakan kubu kuat DAP. -KOSMO! ONLINE