fbpx

PRN Johor: Lelaki positif Covid-19 terpaksa mengundi di tempat khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas kesihatan melakukan sanitasi di dalam Dewan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru hari ini selepas seorang pengundi disahkan positif Covid-19.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki terpaksa membuang undi di tempat mengundi khas apabila disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian swab test di pusat mengundi di Dewan Kampung Melayu, di sini hari ini.

Menurut petugas Kementerian Kesihatan (KKM), lelaki berusia 58 tahun yang tidak membawa telefon bimbit itu dipanggil untuk menjalani ujian tersebut sebelum dibenarkan masuk ke dewan untuk membuang undi.

“Pada awalnya dia tidak memberitahu ada kontak rapat dengan pesakit Covid-19, namun setelah mendapati keputusan positif barulah dia mengaku ada kontak rapat dengan adik ipar yang positif.

“Mana-mana individu yang tidak membawa telefon bimbit untuk mengimbas kod QR Mysejahtera akan menjalani ujian saringan sebagai langkah berjaga-jaga.

“Setakat ini, hanya tiga individu yang membuang undi di tempat mengundi khas ini dan hanya pakcik seorang itu sahaja yang didapati positif manakala yang lain menunjukkan tanda oren dan kuning di aplikasi MySejahtera mereka,” katanya.

Sementara itu, Penyelia Pusat Mengundi di Dewan Kampung Melayu, Mohamad Md Tahir berkata, bagi memastikan tahap kebersihan pusat mengundi berada di tahap terbaik, proses sanitasi akan dilakukan dari semasa ke semasa.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI