PETALING JAYA – Satu-satunya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) sebelum ini telah dimenangi lawannya, Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini.
Kerusi DUN Bukit Pasir yang sebelum ini dimenangi calon Pas, Najib Lep dengan mendapat 9,835 undian mengalahkan pesaingnya daripada Barisan Nasional (BN), Noriah Mahat dengan majoriti 1,883 undian.
Pada PRN Johor ini, calon BN, Mohamad Fazli Mohamad Salleh telah memenangi kerusi tersebut dengan 6,048 undian dengan majoriti 188 undian. -KOSMO! ONLINE