JOHOR BAHRU – Berbaki beberapa jam sebelum semua pusat mengundi ditutup, angka peratusan yang telah keluar mengundi hanyalah 40 peratus.
Suruhanjaya Pilhan Raya (SPR) menerusi perkongsian di laman Facebooknya memaklumkan angka tersebut adalah sehingga pukul 2 petang tadi.
Angka tersebut sedikit meningkat berbanding pukul 1 tengah hari tadi iaitu kira-kira 35 peratus.
Menurut SPR, sebanyak 4,638 saluran dibuka bermula pukul 8 pagi dan akan ditutup kira-kira pukul 6 petang.
Berdasarkan data yang dikeluarkan agensi itu, kira-kira 2,539,606 pengundi biasa yang layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN Johor) pada hari ini.-KOSMO ONLINE