fbpx

PRN Johor : Bimbang Covid-19 mungkin faktor keluar undi rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni Mohammad hadir mengundi di Pusat mengundi SK Pengkalan Raja bagi DUN Pekan Nanas, Pontian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di sini, hari ini. - Foto : FARIZ RUSADIO

PONTIAN – Peratusan undi rendah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak mustahil berlaku kerana golongan pengundi termasuk orang dewasa bimbang dengan penularan Covid-19.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Hasni Mohammad yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut berkata, kebimbangan itu menyebabkan mereka tidak ghairah keluar mengundi pada PRN Johor hari ini.

“Saya dapati ramai pengundi golongan dewasa mungkin bimbang atas sebab Covid-19 menyebabkan mereka tidak begitu ghairah keluar undi. Situasi ini berlaku dalam semua kaum baik Melayu, Cina dan India.

“Selain itu warga tua juga dilihat tidak begitu ramai keluar mengundi kemungkinan ada masalah kesihatan dan turut bimbang dengan penularan Covid-19 ketika ini,” katanya ketika ditemui sebentar tadi.

Sebelum itu, Hasni hadir mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Raja, Pekan Nanas pada pukul 4.30 petang hari ini.

Setakat pukul 4 petang tadi, peratusan keluar mengundi mencatatkan hanya 50 peratus secara keseluruhan daripada 2.59 juta pengundi yang layak memilih.

Namun, calon Menteri Besar BN itu melahirkan keyakinan jumlah peratusan pengundi akan meningkat sehingga 70 peratus sebelum tempoh pengundian berakhir pada 6 petang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI