JOHOR BHARU – Setakat pukul 12 tengah hari tadi, kira-kira 29 peratus pengundi yang layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022 hari ini telah keluar menunaikan kewajipan masing-masing.
Menurut Suruhanjaya Pilhan Raya (SPR), sebanyak 4,638 saluran dibuka bermula pukul 8 pagi sehingga 6 petang.
Terdahulu, SPR memaklumkan pusat mengundi yang mempunyai satu atau dua saluran akan ditutup lebih awal seperti diwartakan iaitu Balai Raya Pulau Besar di Mersing yang akan ditutup pukul 11 pagi.
Selain itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pemanggil di Mersing pula akan ditutup pada pukul 1 tengah hari.
Berdasarkan data yang dikeluarkan agensi itu, kira-kira 2,539,606 pengundi biasa yang layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN Johor) pada hari ini.-KOSMO ONLINE