fbpx

K2

Pesona gabungan konsep moden, tradisional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perabot rona coklat kayu menaikkan seri ruangan ini

SETIAP kali melihat susun atur kediaman milik Rina Rahamat, 43, bersama suami, Mohd. Subha Salleh, 43, penulis terpaku dengan setiap satu elemen yang ditonjolkan pada segenap ruang kediaman itu.

Gabungan tiga elemen berbeza pada kediaman milik ibu kepada tiga orang cahaya mata itu tampak elegan dan cukup mempesona.

Ujar Rina, kediaman itu dihias dengan menggabungkan tiga konsep tata rias iaitu moden, organik dan tradisional.

“Saya memilih untuk menggabungkan konsep moden, organik dan tradisional. Walaupun gaya moden dan tradisional ini agak kontra tapi saya berpendapat jika pandai menyuai padankan perabot dengan hiasan dalaman lain, ruangan akan kelihatan lebih ‘hidup’. 

“Bagi saya, apa yang penting adalah keseimbangan. Setiap gaya ditonjolkan secara sederhana dan tidak keterlaluan,” ujarnya.

Gaya moden yang ringkas boleh dilihat daripada pemilihan sofa, meja kopi dan ‘accent chair’ di ruang tamu manakala untuk ruang makan pula Rina memilih meja dan kerusi makan yang lebih berkonsepkan tradisional.

Bagi ruang makan pula, Rina berkata dia memilih meja dan kerusi makan yang lebih berkonsepkan tradisional. 

Rina juga turut menggunakan hamparan yang berinspirasikan corak vintaj serta menjadikan bangku tinggi gaya sama sebagai meja sisi.

Rona putih dipilih sebagai warna utama bagi kesemua dinding dalam kediaman seluas 237 meter persegi itu.

Namun, bagi menyuntik elemen segar pada kediamannya, Rina memilih perhiasan daripada warna coklat kayu, putih, hijau, biru dan sedikit percikan rona hitam sebagai penegasan.

“Saya juga sangat sukakan warna hijau bumi (earthy green) untuk digunakan sebagai accent color. 

“Maka saya memilih hijau untuk ‘island’ di bahagian dapur yang didominasi warna kabinet putih dan mengulangi warna hijau yang sama untuk ruangan basuhan baju di tingkat atas supaya ada kesinambungan antara ruang,” ujarnya. 

Rina mendedahkan, dia membelanjakan sekitar RM150,000 hingga RM200,000 bagi kos pengubahsuaian dan menukar semua sliding door kepada high performance folding door. 

Hasilnya, kediaman tersebut tampil lebih luas dengan pencahayaan semula jadi yang mempesona.

Menjengah ke kawasan dapur pula, penulis terpegun melihat susun aturnya yang cukup kemas dan bersih.

Ujar Rina, kediamannya itu tidak mempunyai konsep dapur kering dan dapur basah seperti kebanyakan rumah lain.

Hal ini kerana Rina membahagikan ruang dapurnya yang bersambung dengan bahagian ‘indoor backyard’ yang dijadikan sebuah pantri.

“Saya suka dapur yang sentiasa kemas dan tersusun. Dengan adanya ruangan pantri itu, ruangan dapur memasak saya yang lebih terbuka akan sentiasa kemas dan bersih,” katanya.

Bercerita tentang inspirasi hiasan dalamannya pula, wanita itu berkata banyak merujuk kepada Pinterest dan instagram dekorasi.

Malah, dia juga merupakan salah seorang ahli satu komuniti dekorasi di Instagram di mana ahli-ahlinya tidak lokek berkongsi ilmu hiasan dalaman kepada orang ramai.

“Saya juga mengikuti instagram beberapa pereka dalaman luar negara seperti Studio McGee, Amber Interior, Jean Stoffer, Lindye Galloway dan lain-lain lagi serta menjadikan gaya mereka sebagai idola saya dalam menghias rumah,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI