fbpx

Pengawal keselamatan, jurusolek maut nahas tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Honda Civic dipandu Annur Izatul Dawiah yang remuk teruk setelah terlibat dalam kemalangan di Jalan Tengku Mizan berhampiran Kampung Bukit Tunggal, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Seorang pengawal keselamatan dan jurusolek wanita maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Tengku Mizan berhampiran Kampung Bukit Tunggal di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 1.25 tengah hari itu, Mohammad Faiz Azmi Harun, 31, dan Annur Izatul Dawiah Mohd. Razali, 24, meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu, Superintendan Ismail Man berkata, kereta Proton Waja dipandu Mohammad Faiz dari arah Jambatan Sultan Mahmud di sini hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan.

“Kenderaan itu kemudian memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar dua buah lagi kereta termasuk Honda Civic dipandu Annur Izatul Dawiah.

“Kereta dipandu Mohammad Faiz kemudiannya tercampak ke kawasan semak di seberang jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohammad Faiz dan Annur Izatul Dawiah dikenal pasti berasal dari Kampung Tanjung Sabtu dan Kampung Kesom Che Nordin yang terletak di Manir, Kuala Terengganu.

Beliau berkata, penumpang kereta Perodua Viva turut cedera manakala pemandunya pula terselamat. Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI